Follow on Facebook

Tuesday 13 August 2013

Raya

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya buat semua. Menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa, terpinjam barang, lambat hantar balik, tak tepati janji dan semua ter ter ter lagi lah. Tahun ni, kita sambut raya bersederhana saja. Tak bazir wang. Cukup setakat yang mampu, cukup mana yang ada. Raya tahun ni, duit raya pun tak dapat dah. Maklumlah, dah besar panjang. Tapi best bila dah besar ni, best la budak-budak mai rumah la, "nak makan ke nak duit raya?" "nak duit raya pakcikkk..." Eh, panggil aku pakcik pulak, nampak sangat tua dah. Hahaha. Apa-apa pun, raya tahun ni best. Dapat jumpa balik kawan-kawan lama. Alhamdulillah. Semua pakat handsome handsome comel comel belaka.

Raya, raya jugak. amal ibadat jangan lupa. Amal ibadat dalam bulan ramadhan tu jgn stop bulan tu saja, teruskan hingga akhir hayat kita. InsyaAllah berjaya. Okay la, sampai sini ja entry pagi ni. Tak tau nak tulis apa dah. Otak tengah blank ni. Raya dah habis. So, set minda ni nak practical pulak tak lama lagi. assessment, treatment, patient semua dok tunggu kat hospital nu. hahaha! Salam Lebaran untuk semua. Ni nak tunjuk gambar raya tahun ni. Cameraman amatur ambil jadi cengginilah. hihi.

Saya berkurta tahun ni.

Ayahanda & Ibunda

Depan Dari Kiri : Nabil, Ayahanda, Ibunda, Iqbal
Belakang Dari Kiri : Saya, Anis


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Encik Rozizan Sekeluarga.

No comments:

Post a Comment