Follow on Facebook

Sunday 4 August 2013

Mereka & Fashion


Assalamualaikum.

Dalam dunia yang serba moden ni, banyak kita tengok orang-orang kat luar sana terlalu mengikut fashion-fashion terkini. Termasuklah diri saya sendiri. Tak cakap kat orang lainlah. Maklumlah, semua pakat nak mengikut peredaran zaman. Semua pakat nak update diri dah. Tapi kita jangan lupa, dalam kita update diri kita, pernah tak kita tertanya. “Aku dah update diri aku ni. Tapi kenapa aku rasa iman aku tak update lagi ni?” So, kalau kita nak update diri kita, try la kita update dua-dua sekali. Baru best. Sedangkan UAI(Ustaz Azhar Idrus) pun update! Kereta update! Isteri update! Tapi ustaz lain, kita lain. Kita buat cara kita. InsyaAllah berjaya dunia akhirat.

Antara kehendak dan keperluan, pilihlah mana yang terbaik untuk kita semua. Pada saya, saya akan lebihkan keperluan berbanding kehendak. Maklumlah, nak dekat raya ni. Mana boleh tengok barang elok sikit. Kira nak beli ja. Contohlah tu kan. Belilah sekadar yang diri kita perlu saja dan jangan membazir. Kehendak ni dia mai dari nafsu kita. Banyak saya tengok orang-orang sekarang terlalu lebihkan kehendak. Padahal, bukan nak guna tera mana sangat pun (sama ja ngan orang yang dok type ni pun). Cukuplah sekadar guna mana yang perlu. InsyaAllah nanti saya ubah perangai saya ni. Keperluan dulu, lepas tu baru kehendak dan tak perlu benda yang melalaikan. InsyaAllah. Sekadar renungan bersama. :D

No comments:

Post a Comment