Follow on Facebook

Monday 15 July 2013

Buku Baru

Assalamualaikum.

       Syukur keatas Ilahi sebab bagi saya peluang lagi untuk berubah, fikir masa depan & untuk mencari jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah kalau ada peluang andy nak sangat jihad tu. Peluang itu mesti ada, cuma kita ni ja yang nak ke tak nak. Sebelum tu, Andy nak ucapkan Salam Ramadhan untuk umat islam seluruh dunia. Alhamdulillah sekarang dah ramadhan yang keenam.

       Apa yang dikatakan dengan buku baru adalah diri saya sendiri. Saya yang dahulunya jahil, lupa akhirat, pentingkan duniawi semata-mata. astaghfirullah. "hinanya aku" "hilangnya aku dalam kelam" "lena diulit mimpi". tapi sekarang alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah sayang semua hambaNya. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku bersyukur padaMu Ya Allah. Semoga aku cekal menghadapi segala ujianMu biarpun ringan atau berat. Amin.

     Buku baru saya ini adalah permulaan hidup saya sebagai seorang hamba Allah yang mahu mencari Redha Ilahi. Adalah saya yang nantinya bakal jenazah, ingin memohon maaf kalau ada terkasar bahasa, janji yang hanya tinggal janji. Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tolong halalkan makan minum saya, barang-barang yang saya terambil.


Sekian. Wasalam.
Andy.

No comments:

Post a Comment